Makhluk Pelik Menyerupai Batu Dijumpai



Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Jangan terkejut jika makhluk pelik yang ditemui ini sebenarnya ia boleh dimakan, apatah lagi dimasak mengikut resipi tersendiri. Mungkin secara zahirnya, ia nampak seperti sebuah batu. Namun begitu, difahamkan ia merupakan salah satu hidupan laut yang hidup tanpa perlu berpasangan untuk proses membiak. Memang nampak geli untuk dimakan, namun ia mudah ditemui di kawasan kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.

Makhluk yang menyerupai “batu” ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, namun masyarakat tempatan menggelarnya sebagai “Gnarly”. Ia merupakan sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.


Selain daripada rupanya yang seakan-akan batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile, hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana rasanya yang sedap.

Cara pembiakan makhluk ini ada lah secara aseksual iaitupembiakan sendiri atau tunggal tanpa memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau betina mengikut kemahuannya sendiri.

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menyajikan berita terkini kepada anda semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment