Lelaki Ini Membawa Cucunya Dan Ditahan



Melaka: Seorang datuk yang membawa cucunya adalah 12 lelaki ditahan dalam operasi cegah jenayah syariah di 18 premis jualan nombor ramalan, di sini, hari ini.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan bersama cucu perempuannya berusia setahun selepas dipercayai membeli nombor ramalan di premis Jalan Tun Perak.

“JAIM turut mengesan premis jualan nombor ramalan yang meletakkan papan tanda larangan penjualan di tempat tersembunyi.
“Papan tanda itu sepatutnya diletakan di hadapan bagi memastikan orang ramai melihatnya,” katanya selepas tamat operasi berkenaan.

Beliau berkata, tiga lagi yang ditahan adalah warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 20-an manakala lapan lagi merupakan lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 62 tahun.

Beliau berkata, kesemua mereka diberikan notis untuk hadir ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi dan sekiranya didapati bersalah mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. - Bernama

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menyajikan berita terkini kepada anda semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment