Gempa Bumi dan Tsunami Melanda Pahang Dalam Tempoh 36 Jam



Semalam telah tersebar beberapa khabar angin yang mengatakan bahawa gempa bumi dan tsunami akan melanda sebaghagian negeri Pahang.

 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan gempa bumi akan melanda Pahang dalam masa 36 jam.

"Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami  yang akan melanda Pahang seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia," tegas jabatan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman web MetMalaysia di http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1 300 22 1MET(1638).

Khabar angin ini mula tersebar sejak semalam yang mengatakan pahang kemungkinan akan kena tempias gempa bumi namun dinafikan oleh pihak  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menyajikan berita terkini kepada anda semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment